Di tengah hamparan padang pasir yang panas terik dan gersang, mustahil rasanya ada tanaman yang mampu tumbuh subur di tanah berpasir. Namun jika anda bertandang ke Bahrain, anda boleh pergi melihat sendiri sebatang pokok berdiri menyendiri dipadang pasir yang digelar The Tree of Life atau Shajarat-al-Hayat. Ianya terletak hampir 10 kilometer dari Askar, dan kira-kira 3.5 kilometer ke arah Barat dari Jaww.

Pokok Latin Prosopis cineraria merupakan pokok berbunga yang mampu menyesuaikan diri sangat baik di gurun pasir kering. Di kawasan dengan curahan hujan serendah 150 milimeter per tahun, ia masih mampu hidup. The Tree of Life ini tumbuh di kawasan yang tidak pernah hujan selama 400 tahun.
Persekitaran kawasan yang sangat kering, sedikit pun tidak membuat ia layu malah daun-daunnya tetap menghijau. Penduduk tempatan menganggap ianya satu fenomena yang sangat misteri. Mereka percaya, pokok itu mengambil air dari sumber yang tidak dapat di lihat oleh mata kasar.
Menurut penduduk, ada Taman ghaib atau Taman Firdaus yang kewujudannya tidak dapat dilihat. Tetapi sebenarnya, ia boleh dijelaskan secara ilmiah. Kedudukan pokok hanya sembilan hingga 12 meter di atas permukaan laut. Teorinya, Prosopis cineraria dapat menyerap air sedalam 50 meter dari tanah. Ertinya, sangat mungkin ia mendapat sumber air dari situ.
Shajarat-al-Hayat – der Baum des Lebens (Tree of Life)

Bagaimanapun, kewujudannya yang misteri membuat The Tree of Life menjadi sangat erkenal. Kira-kira 50 ribu pelancong datang setiap tahun. Malangnya, mereka selalu berniat merosakkan pokok selepas pemandu pelancong sering menyarankan mereka meninggalkan kenang-kenangan pada batang pokok hinggakan bermacam tulisan terukir di batang pokok luar biasa itu. Akhirnya, sebuah pagar besi dipasang melingkarinya agar menjaga pokok ajaib itu dari tangan-tangan jahat.