Kisah Lubuk Mati Bertiga merupakan cerita lagenda 150 tahun dahulu yang dipercayai berlaku berdekatan kampung Ipoh, Kuala Berang Terengganu.
Cerita ini mengisahkan percintaan antara khatib tua, khatib muda dan cendana dewi. Kekasih cendana dewi ialah Khatib Muda, tetapi Khatib Tua juga ada hati terhadap cendana dewi. Semasa kekasih cendana dewi pergi merantau, Khatib tua telah pergi meminang cendana dewi dengan membuat tipu helah yang mengatakan khatib muda sudah meninggal dunia semasa merantau.
Setelah khatib muda pulang ke kampung, beliau mendapati kekasihnya sudah bernikah dengan khatib tua. Khatib muda menjadi berang lalu mengajak khatib tua membuat perhitungan. Tempat perhitungan adalah lubuk yang dimaksudkan dalam cerita ini. Semasa khatib muda dan khatib tua bergasak, cendana dewi telah menjadi perisai.
Apabila khatib tua hendak menikam khatib muda, maka mati lah cendana dewi akibat ditikam oleh suaminya sendiri. Ketika khatib muda meratap kematian cendana dewi, khatib tua datang dari arah belakang lalu menikam khatib muda yang pada sangkaan khatib muda, khatib tua sudah pun mati sebab khatib muda ada menikam khatib tua semasa mereka bertarung tadi.
Maka mati lah ketiga-tiga mereka dilubuk tersebut lalu dikuburkan dilubuk tempat pergaduhan itu. Diceritakan pada masa kejadian itu, kedalaman lubuk tersebut adalah 20 hingga 30 kaki berbanding sekarang dengan kedalam hanya mencapai 5 kaki.
kisah Lubuk Mati Bertiga turut sinonim dengan lagu ‘Selasih Ku Sayang’ nyanyian Datuk Ahmad Jais dan Datin Rafeah Buang (kedua-duanya Allahyarham).Selain itu, Kisah Lubuk Mati Bertiga pernah disiarkan TV1 dalam slot Panggung RTM sekitar 70-an dan menjadi satu fenomena ketika itu.
Namun kini kisah Lubuk Mati Bertiga semakin dilupakan dan tidak ramai yang mengetahuinya sedangkan ia mempunyai nilai komersial sejarah dan pelancongan di Terengganu.
Kredit: Azramsulong.blog