Penjara Johor Bahru yang ditempatkan di ibu kota negeri Johor, Malaysia dahulunya dikenali sebagai “Kota Jail”. Ia merupakan penjara yang ketiga tertua di Malaysia selepas Penjara Pulau Pinang dan Penjara Taiping, Perak.

Penjara ini telah dirasmikan pembukaannya oleh Sultan Illham Almarhum Sultan Abu Bakar ibni Almarhum Daeng Ibrahim pada tahun 1883 untuk menahan para penjenayah di dalam negeri dan juga mereka yang menentang kerajaan penjajah Britain.
Di tahun itu juga, sebuah perigi telah digali sebagai sumber mata air untuk penghuni penjara Johor Bahru. Saat perang dunia ke 2 semasa Jepun menjajah Malaya pada tahun 1945, perigi ini berubah fungsinya menjadi tempat pelaksanaan hukuman pancung atas perintah General Tomoyuki Yamashita yang terkenal sebagai General yang sangat kejam.
General Yamashita bersama pasukannya semasa menyerah kalah pada 2 September 1945. (Sumber: Gary Hendershott)

General Tomoyuki Yamashita dikenali sebagai seorang pejuang Jepun yang dahulunya disebut ‘Golden Warrior’. Tetapi bagi negara bekas jajahannya, Yamashita dikenali sebagai General sadis yang tidak mengenal erti ampun. Oleh kerana itulah perigi ini diberi semperna namanya.
Mengikut cerita daripada kakitangan penjara Johor Bahru dan penghuni penjara, mereka mendakwa pernah mengalami peristiwa-peristiwa yang menakutkan seperti terlihat bola api muncul dari dalam perigi yang tidak diketahui kemana hala tujunya.
Selain itu adalah kemunculan lembaga tanpa kepala berdiri tepat diatas perigi serta anggota penjara yang dirasuk untuk masuk kedalam perigi dan berbagai lagi cerita misteri lain.

Pada 30hb Ogos 2005, penjara ini telah dipindah ke bandar Kluang di Johor Tengah disebabkan kekurangan ruang yang amat pesat. Dengan pemindahan penjara ini, habislah suatu riwayat yang kekal selama 122 tahun.