BUJANG SENANG & PENUNGGU SUNGAI BERKEPALA SERIGALA
Penghujung tahun 1990-an, saya dan krew stesen televisyen tempat saya bekerja terbang ke Sarawak untuk membuat sebuah dokumentari mengenai ‘Bujang Senang’.
Anda tahu Bujang Senang, kan? Ya, si buaya gergasi yang menguasai Sungai Batang Lupar dan sungai-sungai lain sekitar Sri Aman. Ia telah membaham begitu ramai mangsa.
Sebelum diceritakan kisah misteri yang saya saksikan sendiri, elok saya imbas dahulu legenda si Bujang Senang ini supaya anda faham keseluruhan cerita saya.
Konon kisahnya, suatu ketika dahulu ada seorang pahlawan Iban yang sangat handal. Namanya Simalungun. Kehebatan Simalungun memengg4l kepala musuh tiada tandingannya. Bagaimanapun, sehandal-handal Simalungun akhirnya tewas juga. Dia ditangkap bersama isterinya dan seterusnya dihukum sula sampai m4ti.
M4yat mereka kemudian dicampak ke Sungai Batang Lupar. Dari situlah bermula cerita kononnya m4yat Simalungun telah bertukar menjadi seekor buaya dan akan membaham keturunan musuh yang terlibat membvnuhnya. Begitulah salah satu versi mitos Bujang Senang, buaya penguasa Sungai Batang Lupar.
Bujang Senang mula membunuh mangsanya pada awal 1940-an. Namun namanya menjadi terkenal pada 1982 selepas media massa melaporkan cerita ia membaham Penghulu Bangan dari Rumah Panjang Pali, Sri Aman.
Kejadian itu berlaku semasa Penghulu Bangan sedang menangguk udang di Sungai Batang Lupar, bersama abangnya, Kebir. Semasa Bujang Senang timbul membaham Penghulu Bangan itulah Kebir nampak ada jalur putih di atas badan reptilia berkenaan.
Ya, itulah tanda aneh yang hanya ada pada Bujang Senang. Itulah buaya yang selama ini membaham ramai penduduk. Operasi memburu Bujang Senang tidak membuahkan hasil. Buaya itu sebaliknya terus mengganas. Sejak 1982 hingga 1992, seramai 13 orang maut dibahamnya, hinggalah pada 22 Mei 1992…
Hari itu Bujang Senang telah membvnuh Dayang anak Bayang, 20, semasa gadis Iban itu sedang menyeberang Sungai Pelaban, iaitu cabang Sungai Batang Lupar, bersama ibunya.
Seorang bom0h berjaya memanggil Bujang Senang memunculkan diri ke permukaan air. Bom0h bernama Mandau itu merejam tombaknya tepat ke kepala Bujang Senang. Buaya itu tidak m4ti, sebaliknya tombak yang patah.
Bujang Senang melarikan diri, dan penduduk setempat membvrunya di setiap batang sungai. Akhirnya Bujang Senang terperangkap. Usahanya melarikan diri ke Sungai Pelaban terhadang oleh sebatang kayu besar.
Waktu inilah penduduk kampung Pelaban, Suduku dan Lingga mengepungnya. Sebanyak 40 das temb4kan menggunakan pelvru paku sepanjang 10 sentimeter dilepaskan dan 22 daripadanya tepat menembusi kepala reptilia itu.
Akhirnya m4tilah Bujang Senang. Bangkainya diukur, panjangnya hampir 20 kaki, lebar badannya empat kaki. Dan benarlah, di atas badan buaya itu ada jalur putih. Di dalam perutnya ada anggota badan manusia.
Bangkai Bujang Senang kemudian dilemparkan semula ke dalam sungai, sebelum seorang penduduk memot0ng kepalanya beberapa hari kemudian dan dijadikan kenang-kenangan untuk kita semua.
Tapi awas… ada yang berkata, itu bukan Bujang Senang. Sebab, Bujang Senang takkan dapat ditewaskan. Ia akan terus mengganas sampai bila-bila…
KEMBALI KEPADA cerita saya di awal tadi…
Petang itu saya dan tiga orang kawan lagi merakam suasana di sekitar Sungai Batang Lupar. Airnya sedang naik. Keruh. Kami rakam visual pokok bakau. Pokok nipah. Kampung, juga penduduk sekitar.
Menjelang senja, kami letak kamera di tebing sungai untuk merakam visual suasana Sungai Batang Lupar ketika siang bertukar malam.
“Kalau timbul betul Bujang Senang, memang gempak dokumentari yang kita buat ni, Man,” kata saya kepada seorang krew.
Kami semua ketawa. Biasalah, kerja-kerja juga, gelak-gelak juga. Tapi memang betul kan, manalah tahu sewaktu kami buat rakaman itu, tiba-tiba Bujang Senang timbul depan kami, tidakkah itu rezeki namanya? Hahaha…
Lensa kamera terus merakam keindahan Sungai Batang Lupar…
Sedang kami duduk memerhati ke arah sungai, tiba-tiba ada `sesuatu’ muncul dari belukar di belakang kami. Lembaga itu kemudian berjalan menghala ke arah sungai. Jaraknya dengan kami hanya sekitar 10 meter saja.
Saat itu kami semua terdiam. Nafas rasa terhenti. Jantung bagaikan hilang denyutan. Suasana hening menjadi bisu dan sepi. Malah akal fikiran kami menjadi kosong serta-merta. Tergamam semuanya. Jarum jam seolah-olah terhenti berdetik. Hanya mata saja yang terus memerhatikannya…
Apa yang kami lihat?

`Sesuatu’ yang saya maksudkan itu adalah makhluk pelik, yang anggota badannya dari bahagian pinggang ke bawah menyerupai buaya. Ekor meleret ke tanah, kulitnya tebal berkeping-keping serta tajam, lengkap dengan kaki reptilia berkenaan.
Bahagian atasnya pula menyerupai serigala. Penuh berbulu. Kepalanya, tangannya juga berbulu lebat persis haiwan tersebut.
Saiz makhluk itu seperti manusia biasa. Ia berjalan tanpa menghiraukan kami, seolah-olah kami ini tidak wujud. Mungkin ia sengaja mahu menunjukkan kewujudannya.
Makhluk itu terus melangkah, kemudian perlahan-lahan masuk ke dalam air. Semakin lama semakin dalam. Dari paras lutut, ia berjalan lagi memasuki sungai hingga ke pinggang, mencecah dada, leher, kepala, dan akhirnya hilang diacup air Sungai Batang Lupar. Hilang begitu saja. Kami tergamam, senyap bagaikan ada malaikat lalu.
“Kau orang nampak tak apa yang aku nampak tadi?” soal saya selepas agak lama mulut kami terkunci.
“Nampak, Sham,” jawab mereka serentak.
“Kenapa kita tak rakam benda tu? Kan kita pegang kamera ni?” kata saya.
Waktu itu barulah masing-masing rasa menyesal. Sungguh, apabila sesuatu itu berlaku tanpa kita duga, dan kita terkejut dengan apa yang dilihat, masing-masing tidak terfikir apa yang sepatutnya dilakukan. Kamera yang ada di tangan pun kami terlupa hendak halakan ke arah makhluk tersebut.
Saat itu kami rasa sungguh menyesal. Kalaulah kami sempat merakamnya, memang gempak. Memang akan jadi rujukan dan perbincangan semua orang.
Malam, kami menyertai satu upacara unik penduduk berhampiran untuk memuja semangat buaya yang menghuni Sungai Batang Lupar. Tujuannya supaya buaya dan penunggu sungai itu tidak lagi mengganggu, apatah lagi membvnuh penduduk tempatan yang setiap hari menggunakan sungai untuk mencari rezeki serta meneruskan kehidupan seharian.
Malam itu penduduk kampung memakai pakaian tradisional. Mereka menari mengelilingi seorang lelaki yang merangkak, berenang dan berlagak seperti seekor buaya.
Dalam masa yang sama, jampi mantera dibacakan agar penunggu sungai dan buaya yang menghuninya mengasihi serta mengasihani penduduk tempatan.
Selesai upacara itu, saya berjumpa dengan ketua penduduk kampung, dan ceritakan apa yang telah kami saksikan. Terkejut dia mendengarnya. Rupa-rupanya, upacara yang dilakukan tadi hanya diadakan seratus tahun sekali. Dan sepanjang pengetahuannya, belum ada penduduk yang melihat makhluk yang kami nampak tadi.
Untuk pengetahuan pembaca sekalian, upacara yang dijalankan itu hanya diadakan pada waktu yang terpilih saja dan dilakukan pada ketika air pasang serta bulan penuh.
Satu lagi kisah misteri, ada versi masyarakat tempatan yang mengatakan pada malam bulan purnama, manusia yang telah berubah menjadi buaya akan naik ke daratan semula dan menyamar sebagai lelaki tampan.
Sumber : Mastika