Seorang lelaki soleh pulang ke rumah dengan membawa sebiji tembikai (ada orang panggil timun Cina ) . Dia membeli buah itu dari sebuah pasar. Isterinya membelah tembikai itu dan merasanya: “tawar”. Lalu isterinya terus-terusan merungut.
Melihat isterinya yg merungut itu, suami berkata: “Saya membeli tembikai itu dari pasar”
Isteri: “Saya tau”
Suami: “Pada pendapat awak, semasa saya membeli tembikai tadi, saya nak yang manis atau yang tawar?”
Isteri: ” Tentulah yang manis”
Suami:” Ketika penjual sedang menjual tadi, agaknya mereka nak menjual yang manis atau yang tawar?”
Isteri: “Tentulah mereka ingin menjual yg manis”
Suami terus lagi bertanya: ” Ketika peraih (org tengah) ingin menjual kepada penjual di pasar, mereka agaknya ingin menjual yang manis atau yang tawar?”
Isteri: “Mesti yang manis”
Si suami diam sejenak…
Kemudian dia menyambung.” Ketika pekebun menanam tembikainya, adakah dia mahu tembikai yang tumbuh nanti manis atau tawar?”
Isteri: ” Tentu yang manis, pastinya.”
Suami:” Ketika awak membelah buah ini tadi, awak inginkan yang manis atau yang tawar?”
Isteri: “Mesti saya ingin yang manis. Kenapa dengan semua soalan ini?” soal isteri.
Orang soleh itu tersenyum pada isterinya. Lalu dia berkata:
“Ketika semua orang inginkan buah yang manis, sebaliknya pula yang berlaku. Buah tembikai itu tawar rasanya!”
Isteri orang soleh itu terdiam.
Marahkan siapa?
‘Jadi ketika awak marah tentang rasa tembikai yang tawar, awak sebenarnya marahkan siapa? Bukankah semua orang inginkan buah yang manis. Tetapi kuasa Allah memutuskan buah itu tawar rasanya, Jadi awak marahkan siapa? Marahkan saya yg membeli, atau penjual yang menjual atau awak yang membelah atau pekebun yg menanam? Atau Allah yang menentukan rasa tawar?”
Adab ketika makan: Janganlah kita mengecam, mengutuk makanan walaupun makanan itu tidak sedap. Kalau kita tak suka, kita tinggalkan sahaja.
Pengajarannya: Kita perlu faham bahawa rezeki kita dapat yang manis atau tawar, sedap atau tidak, semuanya ditentukan Allah. Jika kita mengecamnya, ramai orang akan terasa hati. Mungkin emak atau isteri yang memasak terasa hati. atau mungkin ayah yang membeli terasa hati. Dan lebih-lebih lagi tanpa kita sedar, kita seolah-olah “mengecam” Allah yg mengurniakan rezeki itu kepada kita.
Jika kita tidak bersyukur dengan yang sedikit, mana mungkin kita akan bersyukur dengan yang banyak. “KISAH PEDOMAN “HANYA SEBIJI TEMBIKAI, KITA MERUNGUT KEPADA ALLAH TA’ALA””
Kurangnya ilmu pada penjagaan makanan anak sejak awal kelahiran lagi boleh memberi kesan buruk untuk perkembangan dan masa depan anak. Ramai wanita hari ini nak serba cepat je dan ambil perkara enteng. Janji dengar kata orang, dan buat sesuatu tanpa usul periksa. Bahaya sangat tu!
500 KALORI TAMBAHAN
Pakar mengatakan ibu menyusu perlu ambil sekurang-kurangnya 500 kalori tambahan supaya dapat menghasilkan susu badan yang sihat dan berkualiti.
Jumlah kalori ini bersama dengan nasi goreng telur dadar. Macam itulah.
Kalau nak pastikan kalori bertahan lebih lama, ibu disarankan ambil buahan kering dan bijirin.
MAKANAN PENUH PROTEIN, ZAT BESI DAN KALSIUM
Perlunya ibu mengandung pada makanan berbentuk whole grain, sayuran segar serta kekacang seperti almond, pistachio dan badam.
Kalian juga tidak boleh ambil makanan yang terlalu tinggi minyak, gula dan garam.
PENGAMBILAN MAKANAN MENGIKUT KADAR YANG DITETAPKAN
Ibu menyusu boleh ambil apa juga makanan namun pastikan ia dalam kuantiti yang kecil. Kalau terlebih nanti iya boleh buat anak sembelit atau sakit perut.
Jangan makan ikut suka saja. Perlu dalam kadar sederhana. Makan bila terasa lapar dan berhenti sebelum terlebih kenyang.
PENGAMBILAN SUPLEMEN YANG DIBENARKAN
Pengambilan makan tambahan seperti zat besi, folik, kalsium, Vitamin A, Vitamin B12 dan Vitamin C adalah disarankan.
Namun anda perlu rujuk dengan doktor atau yang pakar bagi mencadangkan pengambilan terbaik yang bertepatan dengan kondisi tubuh anda.
AMALAN MEMINUM AIR MASAK
Pengambilan air masak membantu melancarkan lagi sistem tubuh badan anda.
Namun begitu, seperti yang kita tahu, kuantiti susu bergantung kepada permintaan bayi. Lebih banyak bayi menyusu, susu lebih banyak secara semula jadi. Dan fungsi air masak untuk ibu adalah mengurangkan badan dari berlaku dehidrasi.
Kena selalu beringat, kesihatan ibu menyumbang secara langsung pada kesihatan dan perkembangan anak.
Kongsikan info ini agar ramai ibu menyusu kekal ingat dan berjaga-jaga ya.
Salah satu kisah legenda masyarakat yang popular di Perak ialah kisah sumpahan ikan tapah. Kerongsang emas dari perut ikan tapah dijadikan penawar kepada mereka yang melanggar sumpahan dengan memakan ikan tapah.
Selain waris keluarga yang menyimpan kerongsang emas untuk sumpahan ikan tapah itu, mungkin ramai tidak tahu, di Kampung Lambor Kanan juga ada satu keluarga yang menyimpan subang emas yang diwarisi turun temurun dan dipercayai boleh dijadikan penawar penyakit.
Abd. Rahim Hamid yang merupakan anak jati kampung tersebut merupakan pewaris subang emas tersebut yang dikatakan sezaman dengan kerongsang emas ikan tapah. Subang emas ini adalah pusaka turun temurun dan dikatakan seusia dengan kerongsang emas Tapah yang juga popular di kampung ini.
Subang emas ini dikatakan salah satu daripada tiga barang kemas milik Pak Kaduk yang ditemui di dalam perut ikan Tapah.
Jika kerongsang emas digunakan sebagai penawar penyakit bagi keturunan Pak Kaduk yang melanggar sumpah memakan ikan tapah, begitu juga dengan subang emas ini. Bezanya, jika kerongsang tapah hanya untuk kegunaan keturunan Pak Kaduk saja, sebaliknya subang emas ini boleh digunakan oleh sesiapa saja yang bukan berketurunan Pak Kaduk.
Kata Abd Rahim, subang emas ini telah digunakan oleh kaum keluarganya sejak zaman nenek moyang mereka lagi. Bagaimanapun, dia sendiri tidak jelas kisah dari mana asal usul sebenar subang emas ini disebabkan tiada fakta mengenai pewaris pertamanya. Apa yang dia tahu, dia adalah generasi keempat yang terpilih sebagai penjaga dan pewaris subang emas ini.
Mengikut kepercayaan turun temurun, kaum wanita tidak dibenarkan untuk menjadi pemilik subang emas ini. Apabila hendak diwariskan, hanya diberi kepada pewaris lelaki sahaja. Dikatakan jika ia diberi kepada wanita, dipercayai kesemua keturunan keluarga itu akan ditimba musibah. Kelak, Abd Rahim akan mewariskan subang ini kepada anak lelakinya pula.
Diceritakan bahawa subang ini berpasangan ketika dijumpai dalam perut ikan tapah. Tetapi tidak diketahui macam mana subang ini terpisah. Abd Rahim hanya menyimpan sebelah saja subang ini. Dikatakan sebelah subang lagi disimpan oleh kaum keluarga Pak Kaduk yang berada di Siak.
Saiz subang emas ini berdiameter 5.5 sentimeter, dan di tengah-tengah subang ini dikelilingi oleh batu delima merah.
Benarkah subang emas ini mampu mengubati pelbagai penyakit? Macam mana caranya?
Ada tatacara perubatan dan pantang larang yang perlu dipatuhi. Orang luar tidak dibenarkan melihat subang ini secara berdepan.
Caranya pula mudah. Subang emas ini akan direndam di dalam air bersih lebih kurang 15 minit. Air untuk rendaman itu mestilah menggunakan air hujan ataupun air mata air seperti air telaga dan air sungai.
Ketika subang itu direndam, pemiliknya akan berdoa dengan membaca ayat-ayat suci Al-Quran dan memohon kepada Allah supaya membantu menyembuhkan penyakit yang dihidapi oleh pesakit. Kemudian, air tersebut dijirus kepada pesakit ataupun dibuat minum.
Kedengaran memang aneh dan tidak masuk akal, tetapi dikatakan sejak dahulu ramai yang sembuh dengan penawar air subang emas ini.
Namun, seiring dengan peredaran zaman, orang sudah tidak lagi mendapatkan penawar subang emas ini. Seperti kata Abd Rahim, orang lebih memilih berubat secara moden, termasuk ahli keluarganya sendiri.
🌹🌹Kisah di atas merupakan salah satu legenda dan kepercayaan masyarakat setempat zaman dahulu, juga untuk mengenali dan menghargai budaya yang pernah wujud dalam masyarakat kita. Dan ia juga sebagai bukti satu masa dahulu pernah wujud individu yang dipanggil Pak Kaduk.
Tak perlu kita nak kondem macam-macam. Memang tiada kajian atau bukti saintifik subang emas boleh sembuhkan penyakit. Tapi kena ingat juga zaman dulu mana ada sangat doktor atau hospital berdekatan, jadi pelbagai ikhtiar dibuat orang-orang zaman dulu. Memang kedengaran tak logik akal, tapi kuasa Tuhan itu juga di luar batas akal fikiran manusia yang kerdil untuk ditafsir. Sekarang kalau sakit, dah senang boleh terus ke hospital.
BUJANG SENANG & PENUNGGU SUNGAI BERKEPALA SERIGALA
Penghujung tahun 1990-an, saya dan krew stesen televisyen tempat saya bekerja terbang ke Sarawak untuk membuat sebuah dokumentari mengenai ‘Bujang Senang’.
Anda tahu Bujang Senang, kan? Ya, si buaya gergasi yang menguasai Sungai Batang Lupar dan sungai-sungai lain sekitar Sri Aman. Ia telah membaham begitu ramai mangsa.
Sebelum diceritakan kisah misteri yang saya saksikan sendiri, elok saya imbas dahulu legenda si Bujang Senang ini supaya anda faham keseluruhan cerita saya.
Konon kisahnya, suatu ketika dahulu ada seorang pahlawan Iban yang sangat handal. Namanya Simalungun. Kehebatan Simalungun memengg4l kepala musuh tiada tandingannya. Bagaimanapun, sehandal-handal Simalungun akhirnya tewas juga. Dia ditangkap bersama isterinya dan seterusnya dihukum sula sampai m4ti.
M4yat mereka kemudian dicampak ke Sungai Batang Lupar. Dari situlah bermula cerita kononnya m4yat Simalungun telah bertukar menjadi seekor buaya dan akan membaham keturunan musuh yang terlibat membvnuhnya. Begitulah salah satu versi mitos Bujang Senang, buaya penguasa Sungai Batang Lupar.
Bujang Senang mula membunuh mangsanya pada awal 1940-an. Namun namanya menjadi terkenal pada 1982 selepas media massa melaporkan cerita ia membaham Penghulu Bangan dari Rumah Panjang Pali, Sri Aman.
Kejadian itu berlaku semasa Penghulu Bangan sedang menangguk udang di Sungai Batang Lupar, bersama abangnya, Kebir. Semasa Bujang Senang timbul membaham Penghulu Bangan itulah Kebir nampak ada jalur putih di atas badan reptilia berkenaan.
Ya, itulah tanda aneh yang hanya ada pada Bujang Senang. Itulah buaya yang selama ini membaham ramai penduduk. Operasi memburu Bujang Senang tidak membuahkan hasil. Buaya itu sebaliknya terus mengganas. Sejak 1982 hingga 1992, seramai 13 orang maut dibahamnya, hinggalah pada 22 Mei 1992…
Hari itu Bujang Senang telah membvnuh Dayang anak Bayang, 20, semasa gadis Iban itu sedang menyeberang Sungai Pelaban, iaitu cabang Sungai Batang Lupar, bersama ibunya.
Seorang bom0h berjaya memanggil Bujang Senang memunculkan diri ke permukaan air. Bom0h bernama Mandau itu merejam tombaknya tepat ke kepala Bujang Senang. Buaya itu tidak m4ti, sebaliknya tombak yang patah.
Bujang Senang melarikan diri, dan penduduk setempat membvrunya di setiap batang sungai. Akhirnya Bujang Senang terperangkap. Usahanya melarikan diri ke Sungai Pelaban terhadang oleh sebatang kayu besar.
Waktu inilah penduduk kampung Pelaban, Suduku dan Lingga mengepungnya. Sebanyak 40 das temb4kan menggunakan pelvru paku sepanjang 10 sentimeter dilepaskan dan 22 daripadanya tepat menembusi kepala reptilia itu.
Akhirnya m4tilah Bujang Senang. Bangkainya diukur, panjangnya hampir 20 kaki, lebar badannya empat kaki. Dan benarlah, di atas badan buaya itu ada jalur putih. Di dalam perutnya ada anggota badan manusia.
Bangkai Bujang Senang kemudian dilemparkan semula ke dalam sungai, sebelum seorang penduduk memot0ng kepalanya beberapa hari kemudian dan dijadikan kenang-kenangan untuk kita semua.
Tapi awas… ada yang berkata, itu bukan Bujang Senang. Sebab, Bujang Senang takkan dapat ditewaskan. Ia akan terus mengganas sampai bila-bila…
KEMBALI KEPADA cerita saya di awal tadi…
Petang itu saya dan tiga orang kawan lagi merakam suasana di sekitar Sungai Batang Lupar. Airnya sedang naik. Keruh. Kami rakam visual pokok bakau. Pokok nipah. Kampung, juga penduduk sekitar.
Menjelang senja, kami letak kamera di tebing sungai untuk merakam visual suasana Sungai Batang Lupar ketika siang bertukar malam.
“Kalau timbul betul Bujang Senang, memang gempak dokumentari yang kita buat ni, Man,” kata saya kepada seorang krew.
Kami semua ketawa. Biasalah, kerja-kerja juga, gelak-gelak juga. Tapi memang betul kan, manalah tahu sewaktu kami buat rakaman itu, tiba-tiba Bujang Senang timbul depan kami, tidakkah itu rezeki namanya? Hahaha…
Lensa kamera terus merakam keindahan Sungai Batang Lupar…
Sedang kami duduk memerhati ke arah sungai, tiba-tiba ada `sesuatu’ muncul dari belukar di belakang kami. Lembaga itu kemudian berjalan menghala ke arah sungai. Jaraknya dengan kami hanya sekitar 10 meter saja.
Saat itu kami semua terdiam. Nafas rasa terhenti. Jantung bagaikan hilang denyutan. Suasana hening menjadi bisu dan sepi. Malah akal fikiran kami menjadi kosong serta-merta. Tergamam semuanya. Jarum jam seolah-olah terhenti berdetik. Hanya mata saja yang terus memerhatikannya…
Apa yang kami lihat?
`Sesuatu’ yang saya maksudkan itu adalah makhluk pelik, yang anggota badannya dari bahagian pinggang ke bawah menyerupai buaya. Ekor meleret ke tanah, kulitnya tebal berkeping-keping serta tajam, lengkap dengan kaki reptilia berkenaan.
Bahagian atasnya pula menyerupai serigala. Penuh berbulu. Kepalanya, tangannya juga berbulu lebat persis haiwan tersebut.
Saiz makhluk itu seperti manusia biasa. Ia berjalan tanpa menghiraukan kami, seolah-olah kami ini tidak wujud. Mungkin ia sengaja mahu menunjukkan kewujudannya.
Makhluk itu terus melangkah, kemudian perlahan-lahan masuk ke dalam air. Semakin lama semakin dalam. Dari paras lutut, ia berjalan lagi memasuki sungai hingga ke pinggang, mencecah dada, leher, kepala, dan akhirnya hilang diacup air Sungai Batang Lupar. Hilang begitu saja. Kami tergamam, senyap bagaikan ada malaikat lalu.
“Kau orang nampak tak apa yang aku nampak tadi?” soal saya selepas agak lama mulut kami terkunci.
“Nampak, Sham,” jawab mereka serentak.
“Kenapa kita tak rakam benda tu? Kan kita pegang kamera ni?” kata saya.
Waktu itu barulah masing-masing rasa menyesal. Sungguh, apabila sesuatu itu berlaku tanpa kita duga, dan kita terkejut dengan apa yang dilihat, masing-masing tidak terfikir apa yang sepatutnya dilakukan. Kamera yang ada di tangan pun kami terlupa hendak halakan ke arah makhluk tersebut.
Saat itu kami rasa sungguh menyesal. Kalaulah kami sempat merakamnya, memang gempak. Memang akan jadi rujukan dan perbincangan semua orang.
Malam, kami menyertai satu upacara unik penduduk berhampiran untuk memuja semangat buaya yang menghuni Sungai Batang Lupar. Tujuannya supaya buaya dan penunggu sungai itu tidak lagi mengganggu, apatah lagi membvnuh penduduk tempatan yang setiap hari menggunakan sungai untuk mencari rezeki serta meneruskan kehidupan seharian.
Malam itu penduduk kampung memakai pakaian tradisional. Mereka menari mengelilingi seorang lelaki yang merangkak, berenang dan berlagak seperti seekor buaya.
Dalam masa yang sama, jampi mantera dibacakan agar penunggu sungai dan buaya yang menghuninya mengasihi serta mengasihani penduduk tempatan.
Selesai upacara itu, saya berjumpa dengan ketua penduduk kampung, dan ceritakan apa yang telah kami saksikan. Terkejut dia mendengarnya. Rupa-rupanya, upacara yang dilakukan tadi hanya diadakan seratus tahun sekali. Dan sepanjang pengetahuannya, belum ada penduduk yang melihat makhluk yang kami nampak tadi.
Untuk pengetahuan pembaca sekalian, upacara yang dijalankan itu hanya diadakan pada waktu yang terpilih saja dan dilakukan pada ketika air pasang serta bulan penuh.
Satu lagi kisah misteri, ada versi masyarakat tempatan yang mengatakan pada malam bulan purnama, manusia yang telah berubah menjadi buaya akan naik ke daratan semula dan menyamar sebagai lelaki tampan.
Sebelum tercetusnya Rusuhan Nadrah di Singapura pada tahun 1950, terlebih dahulu pada 15 Februari 1915, tercetus pemberontakan kecil di Singapura. Berikutan daripada fatwa Jihad Akbar pada 15 November 1914 oleh Shaikh Al-Islam Urguplu Mustafa Hairi Effendi dari Daulah Uthmaniah (Turki) terhadap penjajah British dan sekutu-sekutunya, lalu Maulana Nur Alam Shah, Imam Masjid Hajjah Fatimah pada ketika itu bangkit memberontak bersama para askar Sepoy dari 5th Light Infantry di Tanglin Barracks.
Walaupun peristiwa itu tidak menimbulkan kesan besar di Singapura, tetapi ia turut mempengaruhi pemberontakan Haji Mat Hassan bin Munas atau Tok Janggut di Pasir Puteh (Kelantan) pada tahun 1915.
Walau bagaimanapun, antara gerakan anti-British yang paling dramatik lagi tragik dalam sejarah Tanah Melayu ialah Rusuhan Nadrah di Singapura yang tercetus pada 11 Disember 1950. Bahkan inilah satu-satunya episod yang membawa kesan paling abadi, lantaran implikasinya dari segi politik dan perundangan yang terus-menerus menjadi bahan kajian dan rujukan.
Nadrah atau nama sebenarnya Maria Huberdina Hertogh dilahirkan di Cimahi (Bandung) pada 24 Mac 1937. Bapanya Adrianus Petrus Hertogh, seorang askar Belanda yang ditugaskan ke Indonesia sejak tahun 1924. Sedangkan ibunya, Adeline Hunter seorang Serani (kacukan Scots-Jawa) yang berkahwin ketika berumur 15 tahun dengan Hertogh pada tahun 1933 di Bandung.
Sebenarnya, Adeline sendiri mempunyai seorang ibu yang juga seorang Serani (kacukan Belanda-Jawa) iaitu Louise Winterberg yang berkahwin dengan seorang keturunan Scots, Joseph Hunter. Daripada perkahwinan inilah lahir Adeline dan abangnya yang kemudian memeluk ugama Islam dengan nama Soewaldi.
Louise kemudiannya berpisah dengan suaminya ketika Adeline berusia 5 tahun, lalu bernikah dengan seorang pelakon bangsawan Islam, Raden Ismail hingga beliau turut memeluk ugama Islam dengan nama Nor Louise.
Dengan perkahwinan ibunya dengan Raden Ismail, maka Adeline dan abangnya turut dipelihara dalam keluarga Islam. Bahkan Adeline sendiri telah memeluk ugama Islam ketika berusia 5 tahun, hinggalah beliau berkahwin dengan Hertogh dan terus menukar ugamanya kepada Roman Catholic mengikut suaminya. Sehingga tahun 1942, mereka mempunyai 6 orang anak. Maria yang lahir pada tahun 1937 adalah anak ke-3 mereka.
Ketika Adeline sedang hamil anak ke-6, Jepun menawan Indonesia. Maka ramailah askar Belanda yang menjadi tawanan Jepun termasuklah Hertogh. Dalam suasana serba tertekan, Adeline dan anak-anaknya berlindung di rumah ibunya di Bandung. Bahkan di situlah beliau bertemu dengan kenalan ibunya, Che’ Aminah binti Mohammad.
Nor Louise dan Adeline sekeluarga kemudiannya mendapat perlindungan daripada Che’ Aminah sepanjang penjajahan Jepun di Indonesia.
Che’ Aminah sebenarnya berasal daripada keluarga bangsawan dari Kemaman (Terengganu). Pada awalnya beliau bernikah dengan Abdul Ghani atau Rani dari Perak. Apabila suaminya meninggal dunia, beliau bernikah pula dengan seorang saudagar barang kemas dari Bandung, Ma’arof. Di Bandung inilah, beliau berkawan dengan Nor Louise.
Pada tahun 1942, Adeline telah menyerahkan anaknya Maria yang berusia 5 tahun kepada Che’ Aminah sebagai anak angkatnya. Penyerahan ini disaksikan sendiri oleh abang Adeline, Soelwadi.
Maria kemudiannya ditukar namanya kepada Nadrah dan disekolahkan di Bandung apabila usianya 7 tahun. Oleh sebab bimbang keselamatan keluarganya yang memelihara Nadrah, maka Che’ Aminah meninggalkan Bandung dan kembali ke Kemaman pada tahun 1947.
Pada April 1950, Che’ Aminah telah dipengaruhi oleh seorang pegawai British iaitu Arthur Locke agar membawa Nadrah ke Singapura, kononnya untuk menyelesaikan masalah pengesahan Nadrah sebagai anak angkat. Tetapi, sebaliknya.
Setibanya di Singapura 20 hari kemudian, Che’ Aminah menerima surat arahan daripada John Alexander Strachey Bucknill (Chief Justice, Supreme Court Of Singapore) yang bertarikh 22 April 1950 agar meletakkan Nadrah buat sementara waktu di bawah Social Welfare Department Of Singapore berdasarkan surat arahan daripada Dutch Consul-General. Setelah Che’ Aminah menyerahkan Nadrah; lalu Nadrah ditempatkan di Girls Homecraft Centre di York Hill pada 24 April 1950.
Dalam perbicaraan pertama pada 19 Mei 1950, melalui bantuan M A Majid (Presiden, Muslim Welfare Association Of Singapore), Che’ Aminah diwakili oleh peguamnya Tan Sri Dato’ Profesor Emeritus Dr Ahmad bin Ibrahim, namun beliau terpaksa menerima keputusan Chief Justice agar menyerahkan Nadrah kepada ibu-bapanya.
Bagaimanapun, dalam rayuan Che’ Aminah pada 28 Julai 1950, pihak mahkamah mendapati berlakunya kesalahan teknikal di pihak penyamannya. Lalu Chief Justice mengenepikan keputusan sebelumnya kerana arahan Dutch Consul-General itu bercanggah dengan Guardianship Of Infants Ordinance yang tidak diberikan kepada Nadrah, padahal Nadrah adalah orang yang terlibat secara langsung. Sebaliknya Dutch Consul-General hanya bertindak atas kedudukannya sebagai Consulate, tanpa diberi kuasa untuk bertindak bagi pihak ibu-bapa Nadrah. Oleh hal yang demikian, Nadrah diserahkan semula kepada Che’ Aminah.
Tetapi selepas 4 hari Nadrah dibebaskan, terjadilah ‘pernikahan gantungnya’ dengan Mansoor bin Adabi, seorang guru dari Kelantan yang pada ketika itu mengajar di Bukit Panjang Government School di Singapura. Ketika itu Mansoor berusia 21 tahun sedangkan Nadrah berusia 13 tahun. Mereka dinikahkan oleh Kadhi bagi kawasan Telok Blangah, Kiyai Ahmad bin Abdul Halim bin Karto di rumah M A Majid di Rangoon Road.
Sebaliknya pernikahan ini memberi peluang baru bagi pihak ibu-bapa Nadrah untuk menyaman semula Che’ Aminah di bawah Guardianship Of Infants Ordinance. Dalam tuntutan itu, Nadrah dibela sekali lagi oleh Dr Ahmad; Che’ Aminah oleh peguam Sardon bin Jubir dan Mansoor oleh peguam John Eber.
Dalam keputusan hakim Justin Brown pada 2 Disember 1950, ditegaskan bahawa pernikahan itu bukan sahaja tidak sah, bahkan Nadrah harus diserahkan semula kepada ibu-bapanya di Belanda. Bagaimanapun, pihak mahkamah membenarkan rayuan dibuat dan akan didengar lagi pada 11 Disember 1950.
Dengan keputusan itu, timbullah kemarahan masyarakat Islam melalui akhbar-akhbar nasional. Memang sejak awal lagi isu Nadrah telah dieskploitasi sebagai berita sensasi oleh akhbar-akhbar di Belanda, British dan Singapura; dengan mengecam serta memburuk-burukkan Che’ Aminah dan Mansoor. Sebagai tindak balas, timbullah serangan daripada akhbar-akhbar Melayu dan Inggeris yang terbit di Singapura, khususnya daripada akhbar Melayu Raya dan Dawn yang berhaluan kiri.
Sebenarnya, sensiviti masyarakat Islam di Singapura pada ketika itu masih dapat dikawal, jika tidak kerana tindakan membawa Nadrah tinggal di Roman Catholic Convent Of The Good Shepherd di Thomson Road, disamping penyiaran berita “Bertha Knelt Before Virgin Mary Statue” di akhbar Singapore Tiger Standard. Akibatnya, meletuslah rusuhan yang dipimpin oleh tokoh-tokoh masyarakat Islam tempatan seperti Abdul Karim bin Abdul Ghani (Presiden, Persatuan Seruan Islam @ JAMIYAH), Dr Burhanudin bin Muhammad Noor (Dr Burhanudin Al-Helmi), Mohamed Taha bin Kalu (Naib Presiden, Singapore Malay Nasionalist Party), Darus bin Sherrif (Setiausaha, Malay Welfare Association Of Singapore) dan Syed Ali bin Mansor Al-Attas pada 11 Disember 1950.
Rusuhan itu telah membawa kepada 18 orang terkorban, 173 orang cedera serta hampir 200 buah kenderaan terbakar dan rosak. Sehari selepas rusuhan itu, Nadrah segera diterbangkan ke Belanda bersama ibunya.
Pada 18 Disember 1950, 200 orang awam termasuk tokoh-tokoh utama Rusuhan Nadrah itu ditahan.
Abdul Karim, Dr Burhanudin, Mohamed Taha, Darus dan Syed Ali dibicarakan atas tuduhan niat membunuh dan dijatuhi hukuman gantung sampai mati. Turut diberi hukuman yang sama ialah Mohamed Yusoff, Mohamed Mustaza dan A K S Othman bin Abdul Ghani.
Demikian juga akhbar Melayu Raya dan Dawn telah diharamkan penerbitannya.
Walau bagaimanapun, 8 orang yang tertuduh yang dijatuhi hukuman gantung sampai mati itu diringankan hukuman mereka atas bantuan wakil United Malay National Organisation (UMNO) cawangan Singapura, Syed Haroon bin Ali Alhabshi yang meminta agar Tunku Abdul Rahman bin Sultan Abdul Hamid Halim Shah merayu kepada pemerintah penjajah British di Singapura pada 25 Ogos 1951 untuk meringankan hukuman ke atas mereka. Mereka sebaliknya diletakkan di bawah tahanan Internal Security Act (ISA) di Pulau Sekijang Bendera selama setahun sebelum dibebaskan.
Sungguhpun tragedi Nadrah sudah berakhir, namun drama kehidupannya terus berlanjutan.
Di Belanda, walaupun Nadrah dapat bersatu semula dengan keluarganya di Bergen Op Zoom, kemudian berkahwin dengan Johan Gerardus Wolkefeld pada usia 18 tahun, namun kehidupannya sentiasa terumbang-ambing.
Selepas bercerai pada tahun 1979, Nadrah berkahwin pula dengan Tom Ballermus tetapi bercerai pada tahun 1984.
Sejak itu, Nadrah hidup bersama 13 orang anaknya di Huijbergen (Belanda) sehinggalah beliau meninggal dunia pada 8 Julai 2009 dalam usia 77 tahun akibat penyakit Leukaemia.
Berikut adalah kata-kata Nadrah yang dirakam sepanjang pergolakan kes beliau:-
“I will not go to any country outside Malaya. It is no use Mr Hertogh trying to separate me from my husband. I am a Muslim, I have made my choice and I will stay with my husband now until we die.”
“If my parents love me, they should leave me where I am. Besides I cannot love you, because when I was a child you gave me away.”
“Don’t ever call me Maria. I have done with the Hertogh family and my real Muslim name is Nadra.”
Kisah ini berlaku di Sabah sekitar tahun 1960an, dan diceritakan kepada saya pada pertengahan 1999, oleh Sanusi Udi, orang yang menyaksikan sendiri kejadian itu.
Cerita Sanusi: Suatu petang sewaktu dia dan kawan-kawannya sedang berborak di sebuah kedai kopi di Kinabatangan, seorang kawannya yang bernama Dusmin, tiba-tiba menjadi resah. Matanya merah, air liurnya meleleh dan dia memandang sekeliling dengan pandangan yang liar.
“Aku minta diri dulu!” kata Dusmin tiba-tiba, dan terus bergegas pulang.
Petang itu, Sanusi mendapat berita, ada penduduk kampungnya meninggal dunia. Apa kaitan dengan Dusmin? Nanti saya beritahu.
Selang beberapa hari kemudian, kejadian seperti itu berlaku lagi. Dan seperti sebelum ini, tidak lama selepas Dusmin pulang, Sanusi mendapat berita seorang penduduk kampungnya meninggal dunia.
Sanusi mula tertanya-tanya, kenapa Dusmin tidak semena-mena berubah sikap dan tergesa-gesa pulang apabila ada penduduk kampungnya mati? Setelah didesak, akhirnya Dusmin mengaku.
“Aku pulang untuk jadi balan-balan.”
Apa itu balan-balan?
Di Semenanjung, ia disebut penanggal, iaitu seseorang yang boleh menanggalkan kepalanya, lalu terbang ke tempat orang m4ti atau hendak bersalin, dan menghisap d4rahnya. Apabila terbang, yang kelihatan adalah kepala dan isi perut si penanggal yang terang menyala bagaikan api. Ia dilakukan menggunakan ilmu hitam bagi tujuan mendapatkan kekuatan diri.
Benarkah Dusmin menjadi balan-balan? Apabila soalan itu Sanusi ajukan, Dusmin menyelak kolar bajunya. Lalu ternampaklah garisan parut panjang di sekeliling pangkal lehernya.
Bagi membuktikan pengakuannya itu, Dusmin pernah menanggalkan kepalanya dan terbang ke rumah bapa Sanusi beberapa puluh kilometer dari situ. Dia pulang menemui Sanusi tidak lama kemudian, dan memberitahu secara terperinci keadaan bapanya, rumahnya dan keadaan sekitarnya. Apa yang diberitahu Dusmin itu memang tepat, sedangkan dia tidak pernah sekali pun pergi ke sana.
Menurut Dusmin, balan-balan tidak akan dapat dilihat oleh mata kasar. Dalam keadaan halimunan itulah dia akan menukarkan m4yat dengan batang pisang.
M4yat itu kemudian dibawanya terbang ke tepi sungai, lalu digoyang-goyangkan di dalam perahu bersama dengan balan-balan lain, kebanyakannya lelaki. Apabila digoyang-goyang, tubuh m4yat itu akan berkecai dan dagingnya bertukar menjadi ikan, lalu dimakan oleh balan-balan berkenaan.
Ilmu balan-balan diceritakan amat popular di kalangan salah satu suku kaum di Sabah. Ia diamalkan agar mereka menjadi kuat dan digeruni lawan. Ilmu ini biasanya diwarisi daripada bapa atau datuk.
Ia boleh juga dituntut melalui bomoh ilmu hitam. Tempoh menuntut adalah seminggu. Selain jampi mantera, kata Sanusi kepada saya, orang menuntut ilmu balan-balan dikehendaki menggali sebuah perigi sebesar pemeluk dan berendam di dalamnya selama tujuh hari berturut-turut.
Setelah itu, bomoh akan meludah dan muntah di dalam mulut si penuntut tadi. Muntah dan ludahnya hendaklah ditelan tanpa tinggal walaupun setitik.
Bagaimana kita tahu adanya balan-balan?
Kehadiran makhluk itu boleh diketahui dengan lintasan api dan bunyi `kwak’ yang dikeluarkannya. Dinding di bawah atap rumah manusia balan-balan pula boleh dibuka bagi memudahkannya keluar mencari mangsa.
Sanusi juga menceritakan kepada saya, di kalangan satu lagi suku kaum di Sabah, hanya wanita saja yang menjadi balan-balan. Apabila ada wanita bersalin, balan-balan itu akan menghirup d4rah yang keluar. Ia merasuk bayi sehingga m4ti. Apabila dikebumikan, balan-balan akan menyelongkar kuburnya dan memakan m4yat bayi berkenaan.
Paling menakutkan ialah balan-balan kaliawan. Untuk memiliki ilmu balan-balan kaliawan, seseorang itu hendaklah membvnuh anak sulungnya sendiri. Ada juga balan-balan yang boleh mengubah dirinya menjadi haiwan seperti anjing dan kucing.
Bagaimanapun, kata Sanusi, ilmu hitam itu sudah lama ditinggalkan. Dengan berkembangnya Islam di Sabah, suku kaum terlibat mula menyedari bahawa ianya perbuatan syirik dan berdosa besar.
Masih ingatkah anda dengan kisah Mohammad Ashraf atau Acap yang hilang ketika menyertai sebuah larian di Gopeng, Perak pada Mac tahun lalu? Kisah itu antara yang menggemparkan pada tahun lepas. Sehingga kini, Acap masih belum ditemui dan kehilangannya kekal misteri.
Tetapi sebenarnya sebelum kisah Acap, sudah banyak berlaku kehilangan yang tidak ditemui.
Anda ingat lagikah pada Ting Song Sheng? Kalau anda masih ingat, jika Song Sheng masih hidup hari ini, usianya kini sekitar 34 tahun. Namun sampai sekarang, Song Sheng yang hilang pada 15 Januari 1996, masih tidak ditemui. Di mana dia?
Jika anda tidak tahu atau sudah lupa, Song Sheng hilang ketika menunggu bas di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina), Taman Rasah, Klang untuk pulang ke rumahnya. Ada pihak mendakwa dia telah dilarikan sindiket lalu dijadikan pengemis di Thailand. Tapi kalau benar, mengapa sampai sekarang pihak berkuasa negara berkenaan gagal mengesannya?
Ting Song Sheng
Gan Kim Choo dan isterinya, Tin Kuwi Diun telah menghabiskan wang sebanyak RM40,000 untuk mencari Song Sheng, termasuk menggunakan khidmat 80 orang bom0h, namun semuanya hampa.
Apa sebenarnya yang berlaku kepada Song Sheng? Ada yang berteori mengatakan dia telah dibawa ke alam lain. Pelik, bukan?
Kehilangan Song Sheng memang misteri, tapi kes kehilangan seorang kanak-kanak bernama Zulaiha Muhamad di Kampung Gantuk, Mentakab, Pahang, pada 28 November 1998 lebih pelik.
Ketika kejadian umur Zulaiha enam tahun. Pagi itu Zulaiha bermain dengan adiknya, Muhamad Nur Rahman, di bawah pokok jambu mawar di halaman rumahnya. Umur Muhamad Nur baru 2 setengah tahun. Ibu mereka, Kamariyana Osman pula sibuk menyapu sampah.
Oleh kerana sakit perut, Kamariyana tinggalkan mereka dan pergi ke tandas. Namun sekembalinya ke halaman, Kamariyana dapati Zulaiha tiada.
Ke mana hilangnya Zulaiha?
Muhammad Nur berlari datang dari balik sebatang pokok sambil menjerit-jerit. Dia menangis dan memberitahu bahawa kakaknya itu jatuh di pangkal pokok jambu tersebut.
Kalau setakat jatuh, mengapa Zulaiha tiada di situ? Muhamad Nur tidak dapat berikan jawapan. Kamariayana mencari di sekeliling pokok itu, hampa.
Usaha mencari dilakukan segera. Pihak p0lis menghantar anjing pengesan, beberapa buah bot dan helikopter untuk menyusuri sungai Semantan yang terletak 200 meter dari rumah Kamariyana. Namun Zulaiha tidak ditemui. Selepas lebih hampir dua minggu berusaha, operasi itu dihentikan.
Bagaimana Zulaiha boleh ghaib dalam waktu yang begitu cepat?
Ada yang mengatakan Zulaiha pergi ke Sungai Semantan dan lem4s. Kalau benar begitu, kenapa tiada seorang jiran pun yang nampak sedangkan Zulaiha memerlukan kira-kira 10 minit untuk ke sana. Tambahan pula Zulaiha tidak pernah pergi ke sungai tersebut. Kalau dia ke situ, tentulah bersama Muhamad Nur.
Dia lemas di sungai?
Kalau benar, kenapa tidak ada kesan tapak kaki, seliparnya mahupun kesan tergelincir di tebing sungai? Mengapa m4yatnya tidak dijumpai? Pihak polis sendiri dalam siasatan mereka menafikan Zulaiha pergi ke Sungai Semantan.
Dia dicvlik? Soalnya, mengapa ramai jiran yang pagi itu berbual dan mengemas halaman tidak melihat kejadian tersebut. Juga tidak kedengaran langsung suara jeritan, raung4n atau kesan pergelutan.
Kedua, kenapa Muhamad Nur tidak diculik sekali? Muhamad Nur malah tidak memberitahu pun ada orang membawa Zulaiha pergi.
Andaian yang tinggal ialah, ada pihak mengatakan Zulaiha telah dibawa ke alam lain. Dia telah disedut masuk ke dunia gh4ib oleh m4khluk halus yang tinggal di pangkal pokok jambu mawar tersebut.
Pelik, bukan? Memang tidak masuk akal. Tunggu, dengar dulu cerita bapanya…
Kata Muhamad Petah, berlaku kejadian-kejadian pelik sebelum Zulaiha hilang. Pertama, anaknya, Siti Rofeah pernah terhidu bau wangi di pangkal pokok tersebut dan bau itu melekat pada badannya selama beberapa hari.
Esoknya, seekor kucing mereka enggan masuk ke rumah dan hanya mahu tidur di bawah pokok berkenaan. Seorang bom0h yang cuba mencari Zulaiha pula tiba-tiba berasa tubuhnya bagaikan ditarik oleh suatu kuasa ghaib ke arah pangkal pokok jambu itu. Puas dia mengelak hingga tubuhnya terpelanting.
Bomoh itu percaya, di situlah tempatnya Zulaiha ditarik masuk ke alam ghaib yang tidak dapat kita lihat dengan mata kasar.
Pelik? Misteri? Atau anda rasa semua ini karut?
Sudah 21 tahun Zulaiha ghaib, tidak ditemui sehingga ke hari ini. Begitu juga dengan Shong Sheng dan Acap. Ke mana mereka pergi? Diculik atau ‘disedut’ ke alam lain?
Setiap orang ada teori tersendiri. Terserah anda untuk membuat penilaian sendiri.
Di tengah hamparan padang pasir yang panas terik dan gersang, mustahil rasanya ada tanaman yang mampu tumbuh subur di tanah berpasir. Namun jika anda bertandang ke Bahrain, anda boleh pergi melihat sendiri sebatang pokok berdiri menyendiri dipadang pasir yang digelar The Tree of Life atau Shajarat-al-Hayat. Ianya terletak hampir 10 kilometer dari Askar, dan kira-kira 3.5 kilometer ke arah Barat dari Jaww.
road to the tree of life
Pokok Latin Prosopis cineraria merupakan pokok berbunga yang mampu menyesuaikan diri sangat baik di gurun pasir kering. Di kawasan dengan curahan hujan serendah 150 milimeter per tahun, ia masih mampu hidup. The Tree of Life ini tumbuh di kawasan yang tidak pernah hujan selama 400 tahun.
Persekitaran kawasan yang sangat kering, sedikit pun tidak membuat ia layu malah daun-daunnya tetap menghijau. Penduduk tempatan menganggap ianya satu fenomena yang sangat misteri. Mereka percaya, pokok itu mengambil air dari sumber yang tidak dapat di lihat oleh mata kasar.
Menurut penduduk, ada Taman ghaib atau Taman Firdaus yang kewujudannya tidak dapat dilihat. Tetapi sebenarnya, ia boleh dijelaskan secara ilmiah. Kedudukan pokok hanya sembilan hingga 12 meter di atas permukaan laut. Teorinya, Prosopis cineraria dapat menyerap air sedalam 50 meter dari tanah. Ertinya, sangat mungkin ia mendapat sumber air dari situ.
Shajarat-al-Hayat – der Baum des Lebens (Tree of Life)
Shajarat-al-Hayat – der Baum des Lebens (Tree of Life)
Bagaimanapun, kewujudannya yang misteri membuat The Tree of Life menjadi sangat erkenal. Kira-kira 50 ribu pelancong datang setiap tahun. Malangnya, mereka selalu berniat merosakkan pokok selepas pemandu pelancong sering menyarankan mereka meninggalkan kenang-kenangan pada batang pokok hinggakan bermacam tulisan terukir di batang pokok luar biasa itu. Akhirnya, sebuah pagar besi dipasang melingkarinya agar menjaga pokok ajaib itu dari tangan-tangan jahat.
Pada tahun 1670, Kota Belanda ini dibina oleh Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC) untuk menyimpan bijih timah yang diperolehi dari negeri Perak.
Pada tahun 1690, rakyat tempatan yang tidak bersetuju dengan cara Belanda memperolehi bijih timah tersebut telah membinasakan kota ini.
Selepas dimusnahkan, pada tahun 1749 Belanda telah membinanya semula dan menempatkan seramai 80 orang pengawalnya di sini.
Selepas tahun 1779 Kota Belanda tidak digunakan lagi kerana Belanda menumpukan kepada perdagangan rempah di Maluku, Indonesia. Belanda juga berhadapan dengan Perang Napoleon di Eropah. Pada 1824 Belanda dan Inggeris secara rasmi membahagikan wilayah penguasaan masing-masing di Nusantara menerusi Perjanjian Inggeris-Belanda 1824.
Pada 1973, kota ini telah dibina semula oleh Jabatan Muzium dan telah diwartakan sebagai monumen lama dan tapak tanah bersejarah di bawah Akta Bendapurba 1976 dalam Seksyen No. 247 , Warta Kerajaan Negeri Perak bertarikh 31 Mac 1970.
Kota Belanda terletak di Pulau Pangkor, Perak, Malaysia, kira-kira 100 meter dari pantai
Kemudian pada 1997, kerajaan negeri Perak telah memajukan lagi kawasan ini sebagai kawasan pelancongan negeri Perak.
Dato’ Sudirman bin Haji Arshad (25 Mei 1954 – 22 Februari 1992) merupakan salah seorang penyanyi yang terkenal di Malaysia. Beliau telah memulakan kariernya sebagai seorang penyanyi apabila dinobatkan sebagai “Juara Bintang RTM1976” pada 11 Ogos 1976.
Sudirman Haji Arshad dizaman kegemilangannya
Selain itu, beliau juga adalah satu-satunya pemegang gelaran “Penghibur Nombor 1 Asia” (pada 19 Mac 1989) dari Pahang. Di samping itu, terdapat juga gelaran yang lain untuk beliau seperti “Penghibur Milik Masyarakat”, “Seniman Rakyat” dan “Elvis Malaysia”.
Beliau juga mempunyai pelbagai kebolehan sebagai seorang penyanyi, penghibur, penggubah lagu, peguam, penulis, pengarang (buku memoir dan kanak-kanak), pelukis kartun, usahawan dan pelakon.
(Allahyarham Sudirman ketika memperkenalkan produk minuman SUDI. Slogan yang digunakan untuk mempromosikan minuman ini adalah “Sudi-sudikanlah)
Allahyarham Dato’ Sudirman Hj. Arshad pernah menubuhkan Sudirman Usaha Dagang Industri (SUDI) Sdn Bhd dengan berbekalkan modal RM 3 juta, yang mengeluarkan minuman tin berkarbornat jenama SUDI. Minuman tin SUDI ini dipasarkan dalam empat jenis perisa iaitu Oren, Kola, Lemonade dan Isotonik.
Tiga air tin sudi yang disimpan di Galeri Temerloh, Pahang tempat kelahiran Sudirman.
Harganya lebih kurang sama dengan harga minuman berkarbonat tin yang lain. Semasa pertama kali dilancarkan, minuman SUDI mendapat sambutan yang cukup menghangatkan sehingga ia begitu cepat habis dijual di kedai-kedai runcit. Selain itu, ada juga orang-orang yang membuka tin ini sambil menyanyikan lagu Sudirman.
Sebagai menghargai jasa peminatnya yang memberi sokongan dengan membeli minuman SUDI, Sudirman telah mengadakan konsert percuma beliau di Tapak Ekspo Ayer Keroh, Melaka pada 9 Mac 1991. Perbelanjaan konsert ditaja sepenuhnya oleh syarikat SUDI Sdn Bhd.
Kejayaannya dalam memasarkan SUDI telah mengangkat Sudirman sebagai pemenang Anugerah Pengusaha Muda. Malangnya setelah Allahyarham Dato’ Sudirman Haji Arshad jatuh sakit, perniagaannya- Sudirman Productions dan SUDI Sdn Bhd telah ditutup pada September 1991.