Perigi Yamashita di Penjara Air Molek

Penjara Johor Bahru yang ditempatkan di ibu kota negeri Johor, Malaysia dahulunya dikenali sebagai “Kota Jail”. Ia merupakan penjara yang ketiga tertua di Malaysia selepas Penjara Pulau Pinang dan Penjara Taiping, Perak.

Penjara johor bahru

Penjara ini telah dirasmikan pembukaannya oleh Sultan Illham Almarhum Sultan Abu Bakar ibni Almarhum Daeng Ibrahim pada tahun 1883 untuk menahan para penjenayah di dalam negeri dan juga mereka yang menentang kerajaan penjajah Britain.

Di tahun itu juga, sebuah perigi telah digali sebagai sumber mata air untuk penghuni penjara Johor Bahru. Saat perang dunia ke 2 semasa Jepun menjajah Malaya pada tahun 1945, perigi ini berubah fungsinya menjadi tempat pelaksanaan hukuman pancung atas perintah General Tomoyuki Yamashita yang terkenal sebagai General yang sangat kejam.

General Yamashita bersama pasukannya semasa menyerah kalah pada 2 September 1945. (Sumber: Gary Hendershott)

General Tomoyuki Yamashita

General Tomoyuki Yamashita dikenali sebagai seorang pejuang Jepun yang dahulunya disebut ‘Golden Warrior’. Tetapi bagi negara bekas jajahannya, Yamashita dikenali sebagai General sadis yang tidak mengenal erti ampun. Oleh kerana itulah perigi ini diberi semperna namanya.

Mengikut cerita daripada kakitangan penjara Johor Bahru dan penghuni penjara, mereka mendakwa pernah mengalami peristiwa-peristiwa yang menakutkan seperti terlihat bola api muncul dari dalam perigi yang tidak diketahui kemana hala tujunya.

Selain itu adalah kemunculan lembaga tanpa kepala berdiri tepat diatas perigi serta anggota penjara yang dirasuk untuk masuk kedalam perigi dan berbagai lagi cerita misteri lain.

perigi yamashita di penjara kota jail

Pada 30hb Ogos 2005, penjara ini telah dipindah ke bandar Kluang di Johor Tengah disebabkan kekurangan ruang yang amat pesat. Dengan pemindahan penjara ini, habislah suatu riwayat yang kekal selama 122 tahun.

Lubuk Mati Bertiga di Terengganu

Kisah Lubuk Mati Bertiga merupakan cerita lagenda 150 tahun dahulu yang dipercayai berlaku berdekatan kampung Ipoh, Kuala Berang Terengganu.

Cerita ini mengisahkan percintaan antara khatib tua, khatib muda dan cendana dewi. Kekasih cendana dewi ialah Khatib Muda, tetapi Khatib Tua juga ada hati terhadap cendana dewi. Semasa kekasih cendana dewi pergi merantau, Khatib tua telah pergi meminang cendana dewi dengan membuat tipu helah yang mengatakan khatib muda sudah meninggal dunia semasa merantau.

Setelah khatib muda pulang ke kampung, beliau mendapati kekasihnya sudah bernikah dengan khatib tua. Khatib muda menjadi berang lalu mengajak khatib tua membuat perhitungan. Tempat perhitungan adalah lubuk yang dimaksudkan dalam cerita ini. Semasa khatib muda dan khatib tua bergasak, cendana dewi telah menjadi perisai.

Apabila khatib tua hendak menikam khatib muda, maka mati lah cendana dewi akibat ditikam oleh suaminya sendiri. Ketika khatib muda meratap kematian cendana dewi, khatib tua datang dari arah belakang lalu menikam khatib muda yang pada sangkaan khatib muda, khatib tua sudah pun mati sebab khatib muda ada menikam khatib tua semasa mereka bertarung tadi.

Maka mati lah ketiga-tiga mereka dilubuk tersebut lalu dikuburkan dilubuk tempat pergaduhan itu. Diceritakan pada masa kejadian itu, kedalaman lubuk tersebut adalah 20 hingga 30 kaki berbanding sekarang dengan kedalam hanya mencapai 5 kaki.

kisah Lubuk Mati Bertiga turut sinonim dengan lagu ‘Selasih Ku Sayang’ nyanyian Datuk Ahmad Jais dan Datin Rafeah Buang (kedua-duanya Allahyarham).Selain itu, Kisah Lubuk Mati Bertiga pernah disiarkan TV1 dalam slot Panggung RTM sekitar 70-an dan menjadi satu fenomena ketika itu.

Namun kini kisah Lubuk Mati Bertiga semakin dilupakan dan tidak ramai yang mengetahuinya sedangkan ia mempunyai nilai komersial sejarah dan pelancongan di Terengganu.

Kredit: Azramsulong.blog

Sejarah Beras Terbakar Langkawi

Satu cerita sejarah Pulau Langkawi yang termasyhur ialah cerita “Beras Terbakar”. Padang beras terbakar ini terletak dihalaman rumah Ku Halim bin Ku Hassan di Kampung Raja, Mukim Padang Matsirat, 17 km dari pekan Kuah.

Kawasan ini kini terletak di dalam kawasan tanah milik perseorangan. Luas kawasan tempat beras terbakar ini ialah kira-kira tiga puluh kaki persegi. Yang didapati tertanam dalam tanah lebih tiga kaki. Apabila hujan lebat, beras itu akan timbul.

Mengikut sejarah, selepas beberapa bulan pembunuhan Mahsuri dengan perintah Datuk Seri Kerma Jaya, pulau ini telah diserang dengan hebatnya oleh orang-orang Siam. Pertempuran yang dahsyat telah berlaku hingga mengorbankan Datuk Seri Kerma Jaya dan panglima-panglimanya yang gagah itu.

Sebelum pertempuran itu berlaku dan melihat kepada situasi yang tidak memihak kepada Pulau Langkawi, Datuk Kerma Wijaya telah menghantar utusan ke Padang Mat Sirat bagi mengarahkan penduduk Langkawi supaya mengumpul padi hasil menuai mereka di suatu tempat untuk dimusnahkan atau dibakar.

Penduduk kampung telah mengorek sebuah lubang besar dan padi yang dikumpulkan lalu dimasukkan ke dalam lubang ini untuk dibakar. Perkara ini terpaksa dilakukan bagi mengelakkan padi itu dirampas oleh pihak Siam yang mana akan menjadi bekalan utama mereka apabila bertapak di Pulau Langkawi.

Sampai sekarang beras terbakar ini digunakan oleh sesetengah orang sebagai penawar untuk demam panas, kepialu, dan sebagai ubat sakit perut.

Kekalahan Datuk Kerma Jaya untuk mempertahankan Pulau Langkawi mengikut kepercayaan orang-orang pada masa itu dan sampai sekarang adalah kerana sumpahan Mahsuri yang berbunyi ;

“Ya Allah, Ya Tuhan, Aku redha matiku jika benar aku bersalah tetapi jika aku dianiaya, aku haramkan darahku mengalir ke bumi ini. Aku bersumpah bumi Langkawi tidak akan aman dan menjadi padang jarak padang tekukur selama tujuh keturunan!.

Fakta di Filem Sarjan Hassan

1. Cerita yang dituliskan oleh Ralph Modder adalah semata-mata fiction. Hanya nama Sarjan Hassan dipinjam dari nama seorang perwira tentera yang bertugas di Kem Port Dickson. Sarjan Hassan yang sebenarnya telah diberi imbuhan oleh Shaw Brothers kerana menggunakan nama beliau.

2. Lokasi utama termasuk hutan belantara adalah di Port Dickson.

3. Lamberto Avellana, seorang pengarah dari Filipina, dipilih untuk mengarah, berdasarkan beliau baru sahaja memenangi Anugerah Pengarah Terbaik Asia pada tahun 1957, dan beliau pernah mengarah 9 buah filem perang sebelum itu.

4. Seramai 34 orang krew dibawa ke Port Dickson untuk filem ini. Mereka tinggal di berek tentera dan juga telah disediakan pakaian tentera semasa penggambaran.

5. Penggambaran bermula pada Mei 1958 dan hampir kesemua pelakon extra termasuk tentera Jepun menggunakan khidmat Askar Melayu di Raja.

6. Terdapat 3 orang pemenang Anugerah Pesta Filem Asia yang beradu tenaga untuk filem ini iaitu P.Ramlee, Lamberto Avellana dan jurukamera A Bakar Ali.

7. Kos produksi menelan belanja 700,000 ringgit pada ketika itu.

8. Seramai 786 pelakon extra telah digunakan.

9. Sebanyak 8,000 rounds peluru telah habis semasa scene berperang dan tembak-menembak.

10. Sebuah lori 5 tan sengaja diletupkan.

Poster Filem Sarjan Hassan

11. Filem ini adalah filem Melayu pertama menggunakan khidmat dua orang askar British sebagai pelakon.

12. Semasa penggambaran, P.Ramlee hampir tercedera serius apabila sebuah bom meletup dari jarak 6 kaki. Beliau hanya mengalami cedera ringan yang kulitnya terdapat kesan terbakar disebabkan kejadian itu.

13. Omar Rojik dipilih sebagai pegawai Askar Jepun kerana beliau mempunyai pengalaman pernah berkhidmat dengan tentera Jepun dan fasih bertutur dalam bahasanya.

14. Salleh Kamil yang memegang watak Buang, juga pernah diseksa oleh askar Jepun. Sebab itu beliau dapat menghidupkan watak Buang itu dengan jayanya sehingga berjaya membuat penonton merasa benci.

15. Selepas filem ini, Sa’adiah mengumumkan bahawa beliau ingin bersara dari berlakon filem kerana ingin menumpukan masa dengan keluarga tetapi P.Ramlee berjaya memujuk beliau untuk filem seterusnya MUSANG BERJANGGUT.

16. Sebuah babak filem ini telah dipotong kerana durasi terlalu panjang. Babak ini melibatkan askar Jepun mengugut Ah Leng di depan Saadiah dan Annie Jasmin.

17. Pada asalnya, tiada sebarang lagu dalam filem ini tetapi selepas pemulangan Lamberto Avellana ke Filipina, P.Ramlee telah menyelitkan lagu Tunggu Sekejap.

18. Lirik Tunggu Sekejap adalah hasil bersama P.Ramlee dan Saloma.

19. Keadaan penggambaran filem ini menjadi kecoh apabila pengarah Lamberto Avellana tiba-tiba meninggalkan produksi dan terus pulang ke Filipina. Ini disebabkan beliau terlalu tertekan dengan penggambaran filem ini. Terdapat banyak shots-shots yang tidak dapat di edit. Jadi segala baki pengarahan diselesaikan oleh P Ramlee sambil dibantu oleh H.M Rohaizad dan Kassim Masdor. Perkara ini memang dirahsiakan oleh pihak Shaw Brothers.

Kredit: The Patriots Studios

Buang bin Muhammad Ali

(Satu-satunya gambar Buang aka Ali Wallace ketika dipotret di Singapura tahun 1862 mengenakan pakaian Eropah. Gambar: Courtesy of the Natural History Museum, London)

Buang adalah satu nama yang asing dalam dunia Sains. Namun satu dokumentari yang di buat oleh Isabella Desjeux seorang rakyat Perancis telah membongkar akan kewujudan “Buang”, seorang Saintis Melayu yang di hilangkan dari sejarah dunia sains. Buang di katakan pembantu kepada saintis dunia abad ke 19 yang terkenal bernama Alfred Russel Wallace.

Penemuan kisah Buang bermula apabila kerja-kerja pembesihan tapak untuk mendirikan sebuah Sekolah di Pulau Ternate dijalankan. Tanate adalah sebuah pulau dalam republik Indonesia yang mana populasi penduduk adalah berbangsa Melayu juga bertutur bahasa Melayu yang sama seperti Melayu semenanjung Malaysia.

Semasa melakukan pembesihan tapak, para pekerja telah menjumpai satu kotak besi. Pada mulanya mereka menyangka ianya adalah peninggalan Penjajah Portugis. Bagaimanapun sangkaan mereka meleset apabila kotak itu dibuka dan yang mereka lihat adalah manuskrip yang ditulis pada sekitar abad 1860 sehingga 1890 yang masih dalam keadaan baik.

Manuskrip tersebut kemudian dihantar ke Department of Epistmology di University of Failomics di Abuja, Nigeria untuk di kaji. Hasil kajian di University of Failomics oleh Dr Ola Madunagu, beliau berkata

” Buang bukan seorang lelaki biasa, beliau berketurunan Melayu dari etnik Bugis dan keluarganya datang dari Benyagak. Nama Penuh beliau adalah Buang bin Mohammad Ali. Beliau bertemu Wallace pada tahun 1854 di kepulauan Borneo dan membantu Wallace mengumpul specimen”. Spesimen yang di temui oleh Buang dan Wallace kemudiannya dihantar ke Muzium Sejarah Kebangsaan England. 

Mengikut sejarahnya, sewaktu membantu Wallace dalam mengumpulkan spesimen, Buang telah pun membina makmalnya sendiri dan mengoperasikan kajian di makmalnya. Beliau juga berkahwin di sana.

Ketika Isabella Desjeux melawat Ternate dalam pengambaraan dokumentarinya berkaitan Buang, beliau berkata ,

“suasana hari ini di Ternate adalah sama seperti zaman dahulu dalam bidang perdagangan di mana pengembara atau pelawat ramai yang datang ke Ternate. Perdagangan yang kerap di lakukan adalah buluh, tumbuhan-tumbuhan untuk perubatan serta logam tembaga yang sangat bernilai tinggi.

Tembaga biasanya di gunakan untuk tujuan pembuatan barang Kemas. Namun dari manuskrip dan tinggalan yang di temui menunjukan Buang mengunakan tembaga sebagai alatan dalam makmal beliau.”

Seorang penduduk Ternate Samsudin Simpan yang di temubual oleh Isabella berkata

“Buang adalah cerita biasa yang di ceritakan oleh penduduk Ternate. Buang bukan lah penduduk asal ternate, dia datang bersama seorang lelaki kulit putih, beliau juga mendakwa datuk beliau adalah rapat dengan Buang, kerap membantu Buang dalam kerja-kerjanya.

Menurut datuknya, Buang adalah pembantu lelaki kulit putih tersebut yang bertugas untuk memasak dan juga sebagai perterjemah. Buang juga membawa kotak khas yang mungkin bertujuan untuk memburu di hutan sekitar Ternate.”

Menurut Isabella di dalam dokumentari tersebut

“dengan melihat apa yang ada di dalam kotak milik buang yang di temui itu, amat jelas perbezaan budaya antara dua lelaki ini iaitu Buang dan Wallace, menjadikan Wallace seakan tidak memandang hasil kajian Buang dan tidak mengambil atau mengangkat kajian buang di mata dunia.”

“Jadi persoalanya sekarang, kita perlu tahu apa yang telah Buang temui dalam kajian sains beliau? memahami apa yang telah di temui dalam kajian beliau bukan sahaja satu kelebihan dalam dunia sains, tetapi juga memberi satu penerangan baru tentang kaedah berbeza dalam kajian sains”. Antara kajian buang yang ditemui di dalam catitannya adalah ‘menghasilkan tenaga mengunakan buah durian” dan juga tumbuhan.

Beberapa kajian berkaitan fizik juga di temui berkaitan momentum dan putaran seakan-akan menjurus kepada kajian aeronatik atau penerbangan. kajian dokumentari Isabella Desjuex ini mendapat penajaan dari beberapa badan yang berusaha memartabatkan ketamadunan dan memelihara pencapaian Bangsa Melayu.

Kubur Buang di Kampung Jaie, Sarawak. Kredit: imaginedmalaysia

Dari apa yang kita ketahui melalui cerita berkaitan Saintis Melayu bernama Buang, jelas sekali bangsa Melayu mempunyai kepandaian yang juga hebat dalam kajian Sains. Namun kerana menjadi lumrah pihak barat tidak akan sesekali mengangkat darjat atau kebolehan orang Melayu untuk digunakan. Mereka lebih sanggup menutup ilmu yang di pelopor orang Melayu itu hilang dan di “senyapkan” supaya Bangsa Melayu tidak bangkit menjadi bangsa yang kuat.

Puasa 6: perlu dilakukan secara berturutan?

Antara amalan sunat yang boleh dilakukan apabila tibanya Syawal adalah dengan melakukan ibadah puasa sunat 6 hari di bulan Syawal. Ianya thabit dari perbuatan Nabi SAW yang mana di dalam hadith ada menyebutkan mengenai kelebihan berpuasa 6 hari di bulan Syawal iaitu bersamaan pahalanya dengan berpuasa sepanjang tahun. Ini berdasarkan sebuah hadith riwayat Muslim daripada Abu Ayub al-Ansari RA yang mana Rasulullah SAW telah bersabda:

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ

Maksudnya: Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan kemudian diikuti dengan enam hari di bulan Syawal, ianya bersamaan dengan berpuasa sepanjang tahun.

Riwayat Muslim (1164)

Mengenai persoalan di atas, al-Imam al-Nawawi Rahimahullah di dalam al-Majmu’ ada menyebutkan: “…dan disunatkan untuk berpuasa secara berturutan di awal Syawal. Sekiranya dipisahkan (tidak berpuasa 6 hari secara berturutan) ataupun diakhirkan puasa tersebut di dalam bulan Syawal, maka ianya dibolehkan…”[2]

Al-Imam Ibn Qudamah di dalam kitabnya al-Mughni menyebutkan mengenai permasalahan ini seperti berikut: “…tidak ada bezanya (menjadikan puasa tersebut) dilakukan secara berturutan ataupun dipisahkan samaada di awal Syawal ataupun diakhirnya kerana hadith menyebutkannya secara mutlaq tanpa dikaitkan dengan sesuatu yang lain…”[3]

Kesimpulan

Berdasarkan pendapat-pendapat yang terdapat di dalam isu ini, kami katakan bahawa isu ini ada fleksibilitinya yang tersendiri iaitu puasa 6 boleh dilakukan secara berturutan ataupun dipisahkan. Diawalkan ataupun dilewatkan selagi mana masih berada di dalam bulan Syawal. Ianya tidak menjadi masalah.

Hari Raya Aidilfitri


Hari raya Aidilfitri (Eid al-Fitr) berasal dari nabi Islam Muhammad. Menurut tradisi tertentu, perayaan ini dimulakan di Madinah setelah penghijrahan Muhammad dari Mekah. Anas, seorang sahabat Nabi yang terkenal, menceritakan bahawa, ketika Nabi tiba di Madinah, dia mendapati orang-orang merayakan dua hari tertentu di mana mereka menghiburkan diri dengan rekreasi dan riang. Pada saat ini, Nabi mengatakan bahawa Yang Mahakuasa telah menetapkan dua hari perayaan dan bukannya hari ini untuk anda yang lebih baik daripada ini: iaitu hari raya aidilfitri dan hari raya aidiladha. (Eid al-Fitr dan Eid al-Adha)

Eid al-Fitr, juga disebut “Festival Berbuka Puasa”, adalah hari raya keagamaan yang disambut oleh umat Islam di seluruh dunia yang menandakan berakhirnya puasa bulan-bulan hingga matahari terbenam selama sebulan. Hari Raya keagamaan ini adalah satu-satunya hari di bulan Syawal di mana umat Islam tidak dibenarkan berpuasa. Tarikh permulaan bulan Hijrah setiap bulan bergantung pada ketika bulan baru dilihat oleh pihak berkuasa agama tempatan, sehingga hari perayaan berbeza mengikut kawasan.

Eid al-Fitr mempunyai solat yang terdiri dari dua rakaat yang biasanya dilakukan di padang terbuka atau dewan besar. Ia hanya dapat dilakukan secara berjemaah dan menampilkan enam takbir tambahan yang mengangkat tangan ke telinga sambil mengucapkan “Allāhu ʾAkbar”, yang bermaksud “Tuhan adalah yang terbesar” di mazhab Hanafi Islam Sunni: tiga pada permulaan rakat pertama dan tiga sebelum rukūʿ pada rakaat kedua. Mazhab Sunni yang lain biasanya mempunyai dua belas Takbir, yang juga terbagi dalam kumpulan tujuh dan lima.

Hari Bumi

Pada September 1969, dalam sebuah persidangan di Seattle, Washington. Senator A.S. Gaylord Nelson mengumumkan bahawa musim bunga 1970 akan diadakan demonstrasi dari akar umbi di seluruh negara bagi pembelaan terhadap alam sekitar. Hari Bumi pertama menjadi pembuka jalan terbentuknya United States Environmental Protection Agency/US EPA.

Setiap tahun, Hari Bumi 22 April menandakan ulang tahun kelahiran bagi gerakan alam sekitar moden pada 1970. Pada tahun 1990, peringatan Hari Bumi mulai berkembang secara global. Sekitar 200 juta orang dari 141 negara di dunia tergerak untuk mengangkat isu Bumi dalam skala global.

Apa itu Coronavirus?

This illustration provided by the Centers for Disease Control and Prevention in January 2020 shows the 2019 Novel Coronavirus (2019-nCoV). This virus was identified as the cause of an outbreak of respiratory illness first detected in Wuhan, China. (Centers for Disease Control and Prevention via AP)

Coronavirus (CoV) adalah sejenis virus yang boleh menyebabkan jangkitan saluran pernafasan. Terdapat beberapa jenis coronavirus seperti severe acute respiratory syndrome coronavirus (SARS) dan Middle East Respiratory syndrome-related coronavirus (MER-CoV). Coronavirus terbaru yang ditemui di China adalah Novel Coronavirus 2019 (2019-nCoV).
Jangkitan Coronavirus boleh menyebabkan spektrum gejala daripada selesema biasa kepada radang paru-paru (pneumonia) yang teruk.

Novel Coronavirus atau 2019-nCoV adalah virus corona yang baru. Cara penularan Novel Coronavirus (nCOV) masih belum dikenalpasti. Walau bagaimanapun jangkitan daripada manusia kepada manusia yang lain telah disahkan berlaku.
Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan mengamalkan kebersihan diri yang baik.

Pemakaian penutup mulut dan hidung surgical atau 3-ply face mask adalah disyorkan kerana ia membantu mengurangkan penyebaran virus dan lebih praktikal untuk digunakan oleh orang awam. Ia bagi menghalang pendedahan orang lain kepada titisan dan percikan air liur orang yang memakai penutup mulut dan hidung ini.
Namun penutup mulut dan hidung N95 tidak disyorkan kerana ia lebih ketat dan boleh menyebabkan pemakainya berasa sukar untuk bernafas. Ianya lebih sesuai digunapakai oleh anggota kesihatan yang mengendalikan pesakit di fasiliti kesihatan.

Sehingga kini, tiada rawatan khusus atau ubat antivirus untuk jangkitan 2019-nCoV. Rawatan diberikan hanya untuk mengurangkan gejala yang dialami pesakit.