CIK SITI 100 SUAMI

LEGENDA CIK SITI JALANG YANG BERSUAMI 100 LELAKI

Pernah dengar kisah seorang wanita yang berkahwin sehingga 99 kali dan semua suaminya m4ti di malam pertama? Kisah legenda ini antara yang popular dalam masyarakat kita. Cerita tentang seorang wanita yang berkahwin 99 kali dan dikenali dengan jolokan ‘Cik Siti Jalang’.

Disebut bahawa nama sebenar wanita ini ialah Siti Aminah. Kisah yang terjadi di Johor ini dikatakan berlaku pada abad ke-17. Apa ceritanya? Mengapa Siti Aminah yang digelar Cik Siti Jalang ini berkahwin sebegitu ramai?

Versi pertama kisah ini yang diceritakan turun temurun penduduk tempatan, wanita ini berasal dari sebuah negeri di pantai timur. Sejak kecil dia dipelihara oleh keluarga bangsawan Bugis di Kota Tinggi, Johor.

Disebut bahawa Siti Aminah ini cantik jelita orangnya. Sebab itu dia menjadi rebutan lelaki tidak kira bujang mahupun sudah berkahwin.

Ibu bapa angkatnya yang bimbang kesucian gadis ini dinodai oleh lelaki tidak bertanggungjawab telah mewariskan ilmu pendinding bagi mengelakkan sebarang kejadian buruk berlaku ke atas Siti Aminah.

Setelah Siti Aminah meningkat dewasa, ramai lelaki menghantar rombongan merisik. Salah seorang daripadanya datang dari golongan keluarga berada telah berjaya menambat hati ibu bapa Siti Aminah, lalu mereka dinikahkan dalam majlis yang meriah.

Tetapi, pada malam pertama bergelar isteri, berlaku peristiwa yang tidak diduga apabila Siti Aminah telah diceraikan oleh suami pertamanya. Dikatakan punca perceraian berlaku kerana pengantin lelaki tidak puas hati dengan malam pertamanya bersama Siti Aminah. Dakwa lelaki itu, isteri yang dinikahinya bukan seorang wanita sejati kerana gagal menemui sebarang petanda yang menjelaskan Siti Aminah adalah seorang wanita.

Selepas diceraikan dan memegang status janda, Siti Aminah tetap menjadi rebutan lelaki yang mahu memperisterikannya. Namun, perkara sama asyik berulang. Setiap kali selepas bernikah, perkahwinan Siti Aminah pasti akan berakhir dengan perceraian. Begitulah seterusnya sehingga ke perkahwinannya yang ke-99, yang juga berakhir dengan perceraian.

Namun, apabila Siti Aminah berkahwin untuk yang ke 100 kali, nasib malang tidak lagi menimpanya. Perkahwinan itu kekal hingga ke akhir hayat. Dikatakan suaminya yang ke 100 itu adalah seorang lelaki yang warak dan tinggi pegangan agamanya. Dikatakan suaminya yang terakhir itulah yang berjaya membuka ilmu pendinding nafsu yang diwarisi oleh keluarga angkat Siti Aminah.

Selain kisah ilmu pendinding ini, ada juga versi lain tentang kisah legenda Cik Siti Jalang ini. Versi ini mengatakan bahawa Siti Aminah bukan diceraikan tetapi disebabkan satu sumpahan yang tidak dapat dielakkan, sesiapa yang menjadi suami wanita ini akan menemui ajal pada malam pertama mereka kerana digigit kala jengking.

Dikatakan semasa hayatnya, Siti Aminah membuat permintaan terakhir pada ahli keluarganya agar jenazahnya nanti dikebumikan jauh dari kawasan kampung.

Jenazah Siti Aminah dikebumikan di pinggir sungai Johor di Kampung Tembioh, Kota Tinggi, Johor. Terdapat penunjuk arah menuju ke makam wanita yang dikenali dengan kisah legenda ini.

sumber : mastika

Introduce Yourself (Example Post)

This is an example post, originally published as part of Blogging University. Enroll in one of our ten programs, and start your blog right.

You’re going to publish a post today. Don’t worry about how your blog looks. Don’t worry if you haven’t given it a name yet, or you’re feeling overwhelmed. Just click the “New Post” button, and tell us why you’re here.

Why do this?

  • Because it gives new readers context. What are you about? Why should they read your blog?
  • Because it will help you focus you own ideas about your blog and what you’d like to do with it.

The post can be short or long, a personal intro to your life or a bloggy mission statement, a manifesto for the future or a simple outline of your the types of things you hope to publish.

To help you get started, here are a few questions:

  • Why are you blogging publicly, rather than keeping a personal journal?
  • What topics do you think you’ll write about?
  • Who would you love to connect with via your blog?
  • If you blog successfully throughout the next year, what would you hope to have accomplished?

You’re not locked into any of this; one of the wonderful things about blogs is how they constantly evolve as we learn, grow, and interact with one another — but it’s good to know where and why you started, and articulating your goals may just give you a few other post ideas.

Can’t think how to get started? Just write the first thing that pops into your head. Anne Lamott, author of a book on writing we love, says that you need to give yourself permission to write a “crappy first draft”. Anne makes a great point — just start writing, and worry about editing it later.

When you’re ready to publish, give your post three to five tags that describe your blog’s focus — writing, photography, fiction, parenting, food, cars, movies, sports, whatever. These tags will help others who care about your topics find you in the Reader. Make sure one of the tags is “zerotohero,” so other new bloggers can find you, too.